Zack Taipan Jual Produk Siam Gred A

Cukup dikenali ramai dengan karakter gangster, kehebatan lakonan Zack Taipan memang tidak dapat disangkal.

Meskipun bukan pelakon utama, Zack membuktikan dia adalah pelakon senior berbakat yang mampu menjiwai apa jua karakter yang diberikan.

Dalam meneruskan kerjaya lakonan, Zack yang popular antaranya filem Castello juga mengusahakan perniagaan sendiri iaitu menjual barangan kulit seperti dompet, clutch dan beg silang.

Katanya, perniagaan yang diusahakan sejak setahun lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.

Menariknya, produk yang dijual turut dipasarkan di kedai dan pasaraya sekitar Shah Alam, Perak dan Kuala Terengganu.

“Barangan kulit yang dijual adalah daripada gred A iaitu dari Thailand, China dan Bandung, Indonesia.

“Bagi rakan artis dan pembeli yang berminat, saya juga tawarkan diskaun sehingga 50 peratus. Harga ini sebenarnya jauh lebih murah dari pasaran luar dan paling penting mempunyai gred yang bagus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Persatuan Seniman Malaysia di FINAS, Hulu Klang, Selangor, hari ini.

Bagi peminat, mereka juga boleh membeli menerusi media sosial di Zacktaipan di Facebook dan Instagram.

Zack juga memberitahu dia akan membuka gerai jualan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 30 sehingga 31 Ogos ini.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*