SENIMAN Raya Sakan Bersama Ahli

Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang diadakan di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berlangsung dengan meriah bersama kehadiran ramai penggiat seni.

Bermula jam 2 petang, majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada artis veteran dan balu ahli SENIMAN.

Acara dihoskan dua pelakon popular, Liza Abdullah dan Sharifah Shahora.

Ramai penggiat seni khususnya pelakon dan kru belakang tabir yang menjadi ahli SENIMAN tidak melepaskan peluang hadir pada majlis ini.

Selain pertemuan antara penggiat seni, pelbagai juadah juga disediakan antaranya kambing bakar, mi goreng dan rojak buah.

Menariknya, segelintir penggiat seni juga diberi peluang untuk berniaga produk mereka antaranya pelakon Zack Taipan yang menjual barangan kulit gred A.

Pengajur juga menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah untuk tetamu antaranya televisyen 32″, telefon bimbit dan iPad.

image

Liza (kanan) bersama Shahora dan penyanyi Rem berceloteh di atas pentas menghiburkan tetamu yang hadir.

image

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi (baju putih) bermesra dengan Salleh (duduk, tiga dari kanan) bersama tetamu lain pada majlis Sambutan Aidilfitri SENIMAN di Dataran Karyawan, FINAS, Hulu Klang, Selangor.

image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*