Seminar Magnet Kejayaan Singgah 8 Lokasi

Mereka yang berjaya dalam bidang bisnes selalu mengatakan ilmu itu penting untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Namun, ilmu harus ditimba menerusi pelbagai cara antaranya menghadiri seminar perniagaan yang dikongsi jurulatih berpengalaman yang pernah membuktikan dia berjaya.

Jurulatih & Mentor Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman semalam melancarkan Siri Klinik Usahawan – Seminar Magnet Kejayaan yang mengambil  8 lokasi di seluruh negara.

Memberi kelebihan kepada peserta, Dr Azizan berkongsi formula kejayaan hasil dari ilmu dan pengalaman jatuh bangun beliau sendiri selama lebih 18 tahun berniaga dalam industri pengiklanan.

Siri Klinik Usahawan – Seminar Magnet Kejayaan ini menjadi peluang istimewa kepada golongan usahawan yang tertunggu-tunggu untuk menghadiri program secara langsung  beliau yang sentiasa habis terjual setiap kali dianjurkan di mana-mana lokasi terpilih sejak lebih 7 tahun.

Difahamkan, sehingga hari ini, lebih daripada 650,000 peserta telah menghadiri programnya dan ramai yang telah menjadi usahawan berjaya dan mencapai status jutawan.

“Saya sering ditanya di Facebook page saya (FB: Azizan Osman Official Page) untuk menganjurkan program LIVE saya khas di seluruh pelusuk bandar di setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

“Oleh kerana saya memiliki masa yang sangat terhad menguruskan perniagaan saya di Malaysia dan di luar negara, buat masa ini saya hanya mampu menganjurkan Seminar Roadshow saya di beberapa lokasi terpilih sahaja dan kebanyakkan Program Advanced saya dianjurkan di Kuala Lumpur dan Shah Alam.” katanya dalam satu kenyataan media.

Mengambil contoh diri sendiri menjadi  jutawan seawal usia 30an, peneraju dunia keusahawanan dan pemasaran menerusi jenama Richworks Group of Companies yang diasaskannya, berharap perkongsiannya melalui Siri Klinik Usahawan-Seminar Magnet Kejayaan ini dapat dihadiri ramai peserta dari seluruh negara.

Katanya, ilmu yang dikongsi mampu melonjakkan keyakinan dan kepercayaan diri peserta demi mengubah dan memperbaiki diri untuk menjadikan hidup dan tahap kewangan lebih luar biasa.

“Ini cabaran pada 2015 ketika keadaan ekonomi negara kita dilihat semakin getir terutama buat mereka yang berpendapatan tetap serta rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan bahang oleh kesan pelaksanaan GST biarpun ia bagus dalam usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Dr Azizan juga menyatakan kita sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi kita boleh ubah dan perbaiki ekonomi serta kewangan keluarga kita jika kita komited bertindak dan berusaha secara konsisten dengan ilmu yang betul.

“Siri Klinik Usahawan – Seminar Magnet Kejayaan adalah satu inisiatif pendekatan saya bagi membantu lebih ramai orang terutamanya bangsa Melayu saya sendiri yang paling tertekan dengan kekuatan ekonomi yang lemah berbanding dengan kaum lain di Malaysia.

“Saya berharap perkongsian ilmu bernilai ini walaupun dengan bayaran yang sangat minimum dan mungkin tidak dihargai oleh semua orang, tetapi yang paling penting sekali, ia berperanan memberi bimbingan di mana mereka yang komited dapat mempelajari formula khas ini dan bertindak segera akan dapat membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, Insha Allah.

“Ramai antara kita ketika ini tidak dapat melihat atau merealisasikan potensi diri mereka walaupun berpengajian tinggi kerana mereka tidak ada ilmu bagaimana untuk menangani cabaran kewangan itu.

“Dengan cabaran kejatuhan matawang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika akan menyebabkan kita dibelenggu kos sara hidup yang semakin hari meningkat dan hutang yang menimbun.

“Banyak juga syarikat-syarikat gergasi di luar sana yang terkesan dengan situasi ekonomi sekarang dan menyebabkan banyak penstrukturan semula berlaku. Akibatnya ramai yang hilang pekerjaan. Kami melancarkan Siri Klinik Usahawan–Seminar Magnet Kejayaan sebagai usaha serius kami untuk membantu lebih ramai orang dan rakyat Malaysia,” katanya.

image

Tambahnya, Siri Klinik Usahawan – Seminar Magnet Kejayaan ini perlu dihadiri kerana formula yang dikongsikan Dr Azizan tidak diajar di mana-mana sekolah.

“Melalui program ini, semua orang kini berpeluang untuk merubah kualiti kehidupan dan tahap kewangan mereka dengan ilmu. Ramai orang tidak sedar akan kepentingan ilmu terutamanya ketika mereka berhadapan dengan masalah dan cabaran dalam hidup.

“Cabaran-cabaran hidup seperti hidup yang tertekan, keadaan ekonomi rumahtangga yang teruk, kos sara hidup yang tinggi, tidak bahagia, tiada hala tuju hidup, kebocoran wang dan berfikiran negatif boleh menyebabkan ramai manusia hidup dalam ketakutan dan tidak gembira,” katanya.

Dr Azizan juga sangat menekankan prinsip kerohanian dan keagamaan dalam setiap program beliau yang menjadi asas kepada kejayaan dan keberkatan hidup setiap insan.

“Oleh itu, kuasailah diri, perbaikilah tahap ekonomi serta belajarlah ilmu untuk perbaiki diri, kehidupan, kerohanian dan agama untuk tingkatkan tahap kewangan diri dan keluarga bermula sekarang.

“Pelajari ilmu berniaga dan tingkatkan pendapatan anda segera atau berdepan tekanan ekonomi yang berupaya menjejaskan hidup anda terutamanya ketika keadaan kegawatan ekonomi.

“Jika anda tidak menguruskan kewangan anda dengan sebaiknya, anda sekeluarga mungkin merasakan kesannya dengan lebih hebat lagi,” katanya.

Tambahnya, untuk hadir ke Siri Klinik Usahawan – Seminar Magnet Kejayaan ini, anda hanya perlu membayar RM30 seorang bagi pendaftaran 3 orang sekumpulan dan seminar ini hanya untuk mereka yang berusia 21 tahun ke atas sahaja.

image

Lokasi Siri Klinik Usahawan – Seminar Magnet Kejayaan diadakan di 8 lokasi terpilih:

Wisma MCA, Jalan Ampang Kuala Lumpur (​15 Ogos)
Hotel MS Garden, Kuantan​ (16 Ogos)
Hotel Starcity, Alor Setar (​28 Ogos)
Hotel The Syuen, Ipoh​ (29 Ogos)
Hotel Ixora, Pulau Pinang (​30 Ogos)
Shah Alam Convention Centre, Shah Alam​ (31 Ogos)
Hotel M Suites, Johor Bahru​ (5 September)
Hotel Bayview, Melaka​ (6 September)

Bagi mereka yang ingin mendaftar, boleh menggunakan salah satu antara 3 cara berikut:

1. Klik www.magnet2015.com untuk pendaftaran secara online ATAU
2. DAFTAR melalui SMS. Hantar <Nama> <No. IC> <No. Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke 60162150940 ATAU
3. Hubungi 019/013 244 2244 / 019 244 2400 untuk bantuan pendaftaran.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*