Lukisan Cinta MLTR Masih Berbekas

Siapa yang tidak kenal lagu popular, Sleeping Child, Take Me To Your Heart dan Paint My Love atau paling tidak pernah mendengarnya di corong radio.

Itu penangan kumpulan popular dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Sebagaimana lagu mereka cukup dekat sehingga menjadi siulan peminat, begitu juga kumpulan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan peminat di Malaysia.

Sejak berkunjung ke negara ini pada tahun 1995, rupanya MLTR sudah mengadakan konsert di sini sebanyak 8 kali.

Salah seorang anggotanya, Jascha Richter berkata, dia bersama anggota MLTR yang lain begitu teruja setiap kali mengadakan persembahan di negara ini dan yakin ramai peminat mereka memberikan sokongan.

Merujuk laporan media tempatan, kumpulan ini hadir ke sini sekali lagi untuk mengadakan konsert jelajah sempena ulang tahun ke-25 pembabitan mereka dalam industri muzik.

Bersama Richter selaku vokalis, kunjungan MLTR ke sini juga disertai Mikkel Lentz (gitar) dan Kaare Wanscher (dram).

Konsert ‘Michael Learns To Rock ’25 Live’ Anniversary Celebration’ akan diadakan di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini dan malam esok.

Difahamkan, tiket konsert kali ini dijual pada harga RM169 sehingga RM469 dan ia boleh dibeli di www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian 03-92228811.

MLTR

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*