Feeya Dihujani Ucapan Tahniah

Kira-kira empat jam lalu, akaun Facebook deejay popular Sinar FM, Feeya Iskandar dihujani dengan komen tahniah daripada peminatnya dan pendengar stesen berkenaan.

Feeya memuat naik gambarnya yang kelihatan berseri-seri dan anggun bertudung hijau manakala kekasihnya, segak berbaju Melayu dan bersongkok sambil di status itu tertera simbol cincin,

Status itu membuatkan peminatnya tumpang gembira dengan mengucap tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk selebriti bersuara manja itu.

Namun, Feeya menjelaskan majlis yang ditunggu-tunggu untuk bergelar raja dan ratu sehari sebenarnya bukan hari ini tetapi tahun depan.

Menurutnya, mengikut perancangan majlis akad nikah dijangka akan diadakan di Johor Bahru pada Mei tahun depan manakala mereka akan hadir kursus kahwin penghujung tahun ini.

“Takde tunang2,” katanya kepada Kafebuzz menerusi mesej di WhatsApp, sebentar tadi.

Katanya, dia percaya pada jodoh untuk mereka terus bernikah walaupun kenal dalam masa singkat pada Mei lalu sebelum merancang untuk rombongan merisik pada awal tahun depan.

Namun, Feeya berjanji akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur selepas itu.

Sebelum ini, Feeya memperkenalkan kekasihnya di Facebooknya yang dikenali sebagai Rashid, seorang ahli perniagaan dari Klang, Selangor.

Feeya, 26, berkata, apabila berkenalan dengan jejaka itu, dia yakin pasangannya itu boleh mengalas tanggungjawab sebagai suami apatah lagi kedua keluarga merestui hubungan mereka.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*