Yuna Bakal Superstar Dunia

Kesungguhan penyanyi tempatan, Yuna menggapai impian sebagai penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa memang tidak dinafikan apabila lagunya mendapat tumpuan produser muzik Amerika Syarikat (AS) termasuk produksi filem Hollywood.

Tiga bulan lalu, Yuna pernah berkongsi bersama peminat mengenai projek album Inggeris ketiganya yang akan dilancarkan di AS pada September depan.

Ketika itu, Yuna sekadar menyatakan album barunya kali ini menampilkan genre hip hop dan R&B dan akan menampilkan seorang penyanyi rap popular.

Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila komposer terkenal, David Foster memberitahu Yuna menjalani rakaman lagu duet bersama Usher serta Yuna juga berkongsi gambarnya bersama Usher di Instagramnya, semalam.

Katanya seperti dilaporkan BH Online, Foster yang ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta pertama global penerbangan tambang murah, Air Asia mempunyai perancangan menggilap bakat Yuna menjadi seorang superstar.

“Saya rasa kerjasama ini akan membawa Yuna ke peringkat lebih tinggi dan kami dalam usaha untuk terus menggilap bakatnya menjadi seorang bintang,” katanya.

Foster yang juga Pengerusi Verve Music Group menyatakan keputusannya memilih Yuna bernaung di bawah syarikatnya kira-kira dua tahun lalu tidak membuatnya putus asa untuk membawa Yuna berjaya sebagai seorang bintang.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: yunaliszarai – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*