Juanita Solis Bukan Lagi Budak Debab

Bagi peminat drama bersiri popular, Desperate Housewives yang pernah disiarkan di 8TV beberapa tahun lalu pasti masih ingat wajah seorang kanak-kanak perempuan bernama Juanita Solis.

Berbadan gempal, aksi bersahajanya ketika membalas perbualan ibunya lakonan Eva Longoria membuatkan ramai penonton terhibur.

Namun, tahukah anda pelakon kanak-kanak itu atau nama sebenarnya Madison De La Garza kini dikenali sebagai gadis remaja yang comel.

Dia yang terbabit dengan projek drama terbitan ABC sejak tahun 2008 sehingga berakhir 2012 sebenarnya adik kepada penyanyi Demi Lovato.

Pada usia 13 tahun kini, dia semakin popular dan dikenali ramai.

“Saya fikir orang lain banyak mengatakan mereka berharap Demi Lovato menjadi kakak sendiri tetapi mereka tidak sedar betapa sukar apabila mempunyai hubungan dengan seseorang yang sering berjauhan.

“Namun, dia sempat meluangkan masa dengan saya. Kami sering berhubung menerusi mesej dan apapun dia seorang yang kelakar ketika ‘tweet’ dan ‘screenshot’ perbualan kami sebelum menghantarnya ke dalam mesej ‘group’ keluarga.

“Apabila Demi pulang ke rumah, hubungan kami sama seperti adik beradik lain. Kami bercakap apa saja dan setiap perkara serta saya tahu boleh percayakannya,” katanya kepada Seventeen.

image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*