Apa Nasib Anakku Sazali…

Jika dihitung jasanya kepada industri hiburan memang tiada tetapi jika disingkap sejarah hidupnya, dia memang layak diberi bantuan sebagai anak seniman agung negara.

Siapa tidak kenal Tan Sri P Ramlee. Begitu juga, apabila menyebut filem beliau, Anakku Sazali, ia secara tidak langsung mengingatkan peminat terhadap anak P Ramlee sendiri, Sazali.

Kemana perginya Sazali dan apa khabarnya sekarang? Tiga tahun dulu, Harian Metro pernah melaporkan nasib Sazali jika tidak lagi menerima royalti Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP).

Mungkin ramai peminat pernah mendengar kisah Sazali bekerja sebagai pekerja am di Alam Flora tetapi itu cerita lama.

Perkhidmatannya di Alam Flora sejak 1998 sudah tamat pada pertengahan Oktober 2011 sebelum bekerja di satu syarikat lain dengan gaji harian.

Namun, bak kata pepatah ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sazali yang masih menetap di Semenyih pada masa itu hanya boleh berjalan menggunakan tongkat selepas lutut kaki kanannya cedera akibat terjatuh ketika pulang ke rumah dari tempat kerja.

Kejadian itu berlaku pada penghujung tahun 2011 ketika dia menaiki basikal dalam keadaan hujan lebat. Namun, dia tidak menyangka kesan kecederaan itu mengakibatkannya tidak boleh berjalan lancar seperti biasa. Lebih malang, dia hilang punca pendapatan selepas dibuang kerja dua bulan selepas itu.

Sazali pada masa itu pernah merintih simpati kerajaan agar memberi elaun sebanyak RM1,000 sebulan. Katanya, dia bukan mendesak tetapi mengharapkan bantuan kerajaan atas sumbangan bapanya terhadap industri hiburan tempatan.

Kini pada usia 56 tahun, Sazali yang tinggal bersama isteri, Hamidah Hitam, hanya megharapkan duit royalti P Ramlee yang selama ini dibayar pada setiap tahun.

Semalam, seorang pengguna Facebook berkongsi gambar terkini Sazali yang kelihatan di satu restoran.

image

image image image image

 

– Kafebuzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*