04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Ayah Rani Kini Selebriti Popular

2 min read

Popular dengan ‘tagline’ #kipidap, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah semakin dikenali ramai seperti seorang selebriti.

Jika sebelum ini Rani atau digelar Ayah Rani hanya popular menerusi tindakannya yang aktif membuat laporan polis terhadap pelbagai isu tetapi kali ini ke mana saja orang mahu bergambar dengannya.

Atas populariti itu juga, Ayah Rani dijemput untuk menyertai program lawak popular, Super Spontan All Stars musim keempat bersama pelawak lain yang akan bersiaran pada 28 Ogos ini.

Khabarnya, Ayah Rani dijemput sebagai tetamu khas pada malam pembukaan program berkenaan tetapi tidak tahu sama ada dia dipilih sebagai peserta ataupun tidak.

Bagaimanapun, katanya kepada BH Online, dia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menghargai kehadirannya.

Katanya, dia seronok dengan sokongan padu orang ramai terhadapnya sambil mengakui ramai yang mahu bergambar dengannya.

Di sebalik populariti itu, Ayah Rani yang mempunyai 63,000 peminat di Facebooknya mahu menerapkan dan menyebarkan mesej positif kepada masyarakat dan menganggap populariti yang diraih adalah ke arah kebaikan.

Sementara itu, dalam status terkininya di Facebook, Ayah Rani Kulup Kipidap, Ayah Rani menyatakan dia akan muncul dalam program hiburan, Meletop di Astro Ria pada malam ini.

image

Untuk musim kali ini, Super Spontan All Stars musim keempat akan disiarkan selama 10 minggu manakala Datuk AC Mizal masih kekal sebagai pengacara, pengurus kumpulan terdiri Reza Zainal dan Rashid Salleh, Afdlin Shauki (pengulas) dan Amir Raja Lawak (pengulas iringan).

Format program ini masih dikekalkan iaitu diadili daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. Maklumat lanjut boleh layari www.superspontan.com.my.

– Kafebuzz.my

(Foto: afdlinshauki – Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.