Afdlin Shauki Bidas KJ

Nampaknya isu membabitkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) menyokong Liverpool sama seperti menyokong PAS masih belum selesai.

Ramai penyokong pasukan The Reds ini masih mengkritik KJ termasuk selebriti tempatan yang tidak berpuas hati. Jika kelmarin, penyanyi Faizal Tahir bersuara dengan menyatakan dia sendiri tidak hormat pada KJ, tindakan sama disuarakan pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki di media sosial, Instagramnya, semalam.

Menerusi statusnya itu, Afdlin menyampaikan ‘nasihat’ pada KJ yang mahu berseloroh tetapi tidak perlu membabitkan politik dalam masyarakat.

Afdlin melahirkan kebimbangan apabila banyak perkara kini berbaur politik yang merunsingkan orang ramai. Kelmarin juga Afdlin menjawab kenyataan KJ menerusi status di media sosial yang sama.

image

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*