Langsuir Singgah Kamar Wak Doyok

Melancong ke suatu tempat memang memberi pengalaman menyeronokkan apatah lagi lokasi itu adalah tumpuan pelancong.

Begitu juga pengalaman dirasai pengacara program travelog, Ke Indonesia Ke Kita?, Wak Doyok yang menjelajah pelbagai lokasi menarik di Indonesia untuk dikongsi bersama penonton.

Jejaka yang terkenal dengan imej berjambang ini menyatakan pengalaman untuk rakaman musim kedua ke Indonesia meninggalkan kesan paling mendalam padanya.

Katanya, dia mengalami keracunan makanan selama 3 hari akibat sumber air tidak bersih.

Lebih mencabar, dia didatangi ‘tetamu istimewa’ ketika berada di Bali.

Menurut kisahnya seperti dilaporkan Kosmo!, dia bersama kru produksi diganggu makhluk halus apabila terdengar langsuir mengilai dan kelibat lembaga hitam di dalam biliknya.

Namun, kejadian itu tidak menghalangnya untuk menghabiskan rakaman di sana membabitkan 10 lokasi termasuk Lombok, Yogyakarta, Surabaya, Malang, Bandung, Bromo dan Jakarta.

Program yang turut menggandingkannya dengan Myo ini disiarkan di TV9, setiap Selasa jam 9 malam.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: wakdoyok – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*