Janda Brad Pitt Kahwin Rahsia

Aktres Hollywood popular, Jennifer Aniston berjaya ‘bersubahat’ dengan rakannya, Jimmy Kimmel untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara rahsia bersama Justin Theroux.

Berita perkahwinan itu disahkan Howard Stern yang turut hadir sebagai jemputan pada majlis berkenaan.

Dalam majlis yang diadakan pada Rabu lalu, Aniston dan Theroux mengatakan kononnya mereka mahu mengadakan majlis sambutan hari jadi Theroux.

Stern ketika bercerita lanjut perkara itu di satu stesen radio pada Isnin lalu menyatakan dia menyedari ia adalah majlis perkahwinan selepas diminat memberikan ucapan.

Katanya, hubungan pasangan itu dirahsiakan dengan jayanya dan Kimmel juga berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang untuk mengendalikan majlis berkenaan.

Laporan AP juga menyebut anatara rakan artis yang hadir adalah Ellen DeGeneres, Whitney Cummings dan Orlando Bloom.

Ia adalah perkahwinan kedua buat aktres berusia 46 tahun itu selepas bercerai dengan Brad Pitt pada 2005 dan pertama buat Theroux berusia 44 tahun.

– Kafebuzz.my

(Foto: AP)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*