225 Karya Dihasilkan Sempena Ulangtahun Ke-70 Perang Dunia Kedua

Seringkali kita dipertontonkan dengan filem genre aksi perang yang seolah menggambarkan medan tempur itu cukup dahsyat sehingga mengakibatkan askar terkorban.

Begitu juga 11 produksi yang menjalani penggambaran genre peperangan menentang tentera Jepun sebenarnya dilakukan di Hengdian World Studios.

Adanya kemudahan yang disediakan, lokasi penggambaran yang terletak di daerah Zheijang, China menjadi lot penggambaran filem terbesar yang pernah dibina.

Pengarah, Li Xiaoqiang berkata, kisah bersiri kali ini mengisahkan putera Dinasti Qing yang menyertai pasukan tentera China selepas keluarganya menderita atas nasib malang menimpa.

“Selepas dia banyak belajar mengenai parti komunis, putera raja itu mula memahami apakah sebenarnya revolusi dan makna peperangan anti Jepun sebelum menyertai parti komunis untuk menentang Jepun,” katanya.

Mengikut laporan media tempatan di sana, lebih 10 filem baru, 12 drama televisyen, 20 dokumentari dan 183 persembahan pentas bertema peperangan akan dilancarkan di China sempena hari ulangtahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Berikut beberapa foto menarik di sebalik tabir penggambaran filem berkenaan seperti dilaporkan China Daily.

image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Agencies)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*