Mungkin Sufi Atau Bila Juara AF2015?

Demam sudah kembali. Program realiti paling popular di negara ini, Akademi Fantasia kembali dengan musim baru apabila membuka tirai persembahan memperkenalkan 16 peserta terpilih.

Sufi dari Singapura antara peserta yang mencuri perhatian khalayak menerusi persembahan lagu Kamelia.

Aksinya turut dipuji penyanyi Damien VE yang menyifatkan jejaka itu memberi kelainan pada aspek nyanyian berbanding senarai lagu yang dinilai tiada perubahan.

Beberapa orang penonton juga memberikan komen peserta AF2015 kali ini nampak matang dan boleh tahan.

image image

Begitu juga, peserta tempatan iaitu Bila yang mendapat kata-kata semangat daripada pengetua AF2015, Edry Abdul Halim dan penonton memberikan sorakan gemuruh.

Mungkin Sufi berjaya menyerlahkan aura sebagai juara AF2015 atau Bila yang membuktikan faktor fizikal bukan penghalang kepada impian bergelar peserta program ini seterusnya mencuba nasib menjadi juara.

Bagaimanapun, ia masih terlalu awal untuk dijangka dan kesemua peserta masih berpeluang memperbaiki persembahan seterusnya dengan lebih memukau hati penonton dan tenaga pengajar.

Namun, penganjuran AF2015 sudah tentu membawa elemen dramatik apabila hanya 12 peserta dipilih manakala 4 peserta lain tidak layak.

image image image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*