16/01/2021

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

KJ vs Faizal Tahir

1 min read

Nampaknya jenaka Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) terhadap penyokong Liverpool menimbulkan kemarahan ramai sehingga salah seorang penyokong setia pasukan The Reds iaitu penyanyi Faizal Tahir tampil bersuara.

Difahamkan ‘pertelingkahan’ antara mereka tercetus selepas satu rakaman video dimuat naik Astro Awani dengan judul Sokong Liverpool Sama Seperti Sokong PAS.

image

Nyata, kenyataan KJ dalam video yang dianggap jenaka itu membuatkan penyokong Liverpool berang dan Faizal juga memuat naik statusnya di Twitter menyatakan ia jenaka paling teruk sehingga hilang rasa hormat pada menteri berkenaan.

Tindakan Faizal mempertahankan maruah Liverpool disokong pengguna Twitter lain yang menghormati komen penyanyi itu sehingga ada juga peminat meminta stesen Hot FM memutarkan lagu ‘keramat’ pasukan itu, You’ll Never Walk Alone (YNWA) untuk didedikasikan pada KJ dan Faizal.

Bagaimanapun, KJ membalas teguran Faizal itu dengan menyatakan jangan terlalu ambil serius mengenai jenakanya terhadap penyokong Liverpool.

image

image

image image

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.