Apabila Syaitan Di Jakarta Terungkai

Aktor popular tanah air, Bront Palarae sebelum ini dilaporkan dilamar produksi HBO Asia untuk terbabit dalam satu penerbitan drama bersiri lapan episod berjudul Halfworlds.

Menariknya, drama berkenaan membawa sebuah kisah fiksyen yang berbeza apabila membawa watak sekumpulan syaitan yang tinggal di Jakarta.

Tambah menarik, ia diarahkan pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar yang pernah popular menerusi karya arahannya seperti Kala dan Ritual.

Memberi keterujuan pada penonton di Asia khususnya, HBO Asia baru-baru ini mendedahkan imej produksi pertama dari siri Original HBO Asia, Halfworlds yang akan ditayang secara eksklusif di rangkaian HBO pada akhir tahun ini.

Plot drama ini mengisahkan alam semesta yang tersembuyi di lorong-lorong dan jalan belakang Jakarta pada masa kini di mana sekumpulan syaitan digelar sebagai Demits hidup dalam kalangan manusia selama berkurun.

Apabila kisah mistik ini terungkai, keseimbangan yang halus diganggu dan ia merasuk ke dalam manusia dan ‘Demits’ ke arah takdir mereka.

Bersama Bront yang terkenal dengan naskhah filem Terbaik Dari Langit dan Psiko: Si Pencuri Hati sebagai pelakon dari Malaysia; drama ini juga dibintangi pelakon Indonesia, Salvita Decorte, Arifin Putra (The Raid 2; Macabre), Reza Rahadian (Habibie & Ainun; Guru Bangsa: Tjokroaminoto) dan Aimee Saras (Musical Onrop).

Tidak ketinggalan, Adinia Wirasti (Tentang Dia; Laura & Marsha), Hannah Al-Rashid (Ritual; V/H/S/2); Tara Basro (Catatan (Harian) Si Boy; Pendekar Tongkat Emas), Alex Abbad (The Raid 2), Ario Bayu (Soekarno; HBO Asia’s Serangoon Road) dan Verdi Solaiman (The Raid; Java Heat) serta Nathan Hartono (Musical Spring Awakening) dari Singapura.

Pelakon cilik dari Malaysia, Puteri Balqis yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 juga terbabit sama sebagai pelakon jemputan.

Halfworlds merupakan siri original HBO Asia yang keempat selepas Dead Mine (2012), Seranggon Road (2013) dan Grace (2014).

H2 H3 H4 H5
– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*