Apakah Nazrey Menyanyi Lagi Di Pasar Malam

Pada November tahun lalu, penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun pernah mengadakan satu persembahan di Menara KL bertujuan membantu bekas anggota Raihan, Nazrey Johani mengumpul dana untuk membina satu pusat tahfiz di Ranau, Sabah.

Hasrat murni Nazrey itu suatu yang dipuji apatah lagi orang ramai mahupun Hafiz sendiri pernah melihat Nazrey menyanyi di pasar malam untuk mendapatkan dana.

Sekali lagi baru-baru ini berita Nazrey mencari dana untuk pusat tahfiz berkenaan dikongsi pengguna media sosial di Facebook.

Sebagaimana impian penyanyi rock terkenal, Amy Search tertunai selepas mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memulakan operasi sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith di Sungai Buloh, bulan lalu, moga usaha Nazrey ini mendapat perhatian ramai khususnya syarikat korporat untuk bersama menyumbang.

Meskipun tiada maklumat terkini jumlah wang yang sudah dikumpul atau diperlukan, komen pengguna Facebook berharap usaha Nazrey itu tercapai.

Nazrey hanya mengemaskini status mengenai nombor akaun untuk membantu pusat tahfiz itu di Facebook pada 30 Jun lalu.

image

image

– Kafebuzz.my

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*