25/01/2021

Peminat Menangis Kerana Najwa Mahiaddin

1 min read

Popular menerusi lagu Got To Go, penyanyi berbakat, Najwa Mahiaddin cukup dikenali ramai peminatnya.

Najwa membuktikan bakat suara yang dimilikinya menjadi sandaran untuknya menjadi penyanyi selain menghiburkan pendengarnya.

Di sebalik meniti populariti sehingga berusaha menembusi pasaran antarabangsa, Najwa juga berkongsi perasaan berdepan pelbagai dugaan hidup seperti mana bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Atas apa yang berlaku, ia seolah memberi inspirasi padanya untuk menghasilkan sesuatu karya baru dan segar untuk peminatnya.

Memberi kelainan, Najwa melancarkan lagu barunya berjudul After The Rain di akaun Facebooknya, semalam.

Dalam status sama di laman sosial itu, Najwa menyatakan kuasa muzik mampu merawat sambil berharap lagunya itu memberi keselesaan dan kekuatan pada semua yang menempuh pelbagai dugaan ketika ini.

Lagu barunya itu dipersembahkan dalam bentuk muzik video bersama hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia.

Dalam muzik video lagu itu kelihatan Najwa menyanyi di tepi pantai sambil ditemani pemuzik bermain piano.

Beberapa peminat juga memberi komen menyatakan lagu berkenaan cukup menyentuh perasaan sehingga menitiskan air mata. Peminat juga memuji dan mengucapkan tahniah atas kehadiran karya terbaru itu.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *