Komen Media Sosial Menakutkan, Kejam

Siapa peminat Anuar Zain? pasti jawapannya bukan saja dalam kalangan gadis tetapi mereka yang berusia mahupun berstatus ibu juga masih boleh jatuh cinta terhadap penyanyi ini.

Itu penangan Anuar yang mempunyai ramai peminat. Tidak kira di mana, setiap kali persembahannya mendapat sambutan cukup hangat dan jeritan peminatnya.

Malah, insiden gadis atau wanita bergambar mesra sehingga berlaga pipi bukan suatu yang asing ketika sesi bersama peminat.

Namun, mungkin tidak ramai yang tahu penyanyi popular lagu Lelaki Ini sebenarnya tidak mempunyai akaun media sosial, Twitter dan Instagram.

Menurutnya ketika ditemui media pada sidang media konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta di Kuala Lumpur semalam, perkembangan media sosial ketika ini cukup membimbangkan sehingga orang ramai menulis komen yang sangat menakutkan dan kejam.

Adanya media sosial, Anuar mengandaikan kehidupan manusia kini tiada privasi dan ada juga individu bertindak merakam gambar curi sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Tambahnya, dia bukan takut dan tidak boleh terima kritikan kerana tiada akaun media sosial tetapi menganggap mereka yang melemparkan komen negatif sebagai pengecut.

Perkembangan terkini, Anuar akan terbabit dalam satu konsert anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) pada 31 Oktober depan bersama kumpulan Raihan, Akim & The Majistret, Opick, Ebiet G Ade, Zain Bikha dan Humood Al Khudeer.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*