Selamat Tinggal Ujang & Apo?

Mereka yang pernah belajar dan tinggal di asrama ketika zaman kolej mahupun sekolah pasti pernah jatuh cinta dengan komik.

Daripada pelbagai koleksi komik Jepun, tidak terkecuali komik tempatan, Ujang dan Apo? mempunyai ramai peminat dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Selain menonton wayang dan mendengar muzik, membaca komik juga menjadi hiburan pada pembaca.

Bagi peminat komik Ujang dan Apo?, koleksi mereka kini menjadi sejarah yang tiada lagi dijual selepas ini dan mungkin boleh dibida pada harga tinggi pada masa hadapan.

Kartunis Ubi berkongsi berita sedih syarikat penerbitan MOY Publication yang sebelum ini bertanggungjawab menerbitkan dua komik popular itu akhirnya gulung tikar.

image

Dalam status sama, pelbagai reaksi pembaca yang turut bersedih apabila komik legenda itu tiada lagi di pasaran. Malah, generasi akan datang tidak lagi kenal komik berkenaan.

Begitu juga, seorang pembaca juga berkongsi pandangan masa depan komik yang diterbitkan dalam bentuk fizikal iaitu majalah sukar lagi dijual apatah lagi perkembangan teknologi menyaksikan bahan bacaan lebih mudah diakses secara atas talian (‘online’).

Ada juga cadangan daripada pembaca agar Ujang dan Apo? mengikut peredaran zaman iaitu diterbitkan dalam bentuk digital secara online.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*