Neelofa Termakan Escargot Di Kota Cinta

Mempunyai pakej cantik dan berbakat dalam bidang seni sama ada penggacaraan dan lakonan memberi kelebihan kepada Neelofa mencipta nama serta populariti.

Sebagai selebriti, Neelofa yang sentiasa kelihatan manis bertudung turut menggunakan laman media sosial seperti Instagram (IG) untuk berkongsi gambar dan cerita menariknya.

Neelofa yang bercuti ke kota cinta, Paris baru-baru ini juga sempat berkongsi gambar menariknya di sana.

Namun, sekeping gambar yang dimuat naik empat hari lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat apabila terkejut mengetahui selebriti itu menjamah escargot atau lebih dikenali sebagai siput babi.

Seorang peminat berkongsi pandangan orang Perancis sememangnya makan siput babi dan juadah itu sangat terkenal di sana.

Biarpun ada juga peminat yang menyatakan ia bukan spesis siput babi yang dimakan selebriti itu tetapi penjelasan mengenai haiwan itu sudah dinyatakan menerusi portal rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa.

“Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun. Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar.

“Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah),” kata kenyataan itu.

Berikut beberapa foto menarik percutian Neelofa di sana yang dikongsinya menerusi akaun IG miliknya.

image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*