Sampai Bila Bukan Ahli Bebas Berkarya?

Dalam kalangan penggiat seni khusus mereka yang bertaraf senior tidak kira pengarah mahupun pelakon, masih banyak masalah dalam industri hiburan tempatan yang tidak diselesaikan.

Apa yang menjadi persoalan adalah masalah ini terus menjadi isu taboo apabila pihak berwajib tidak mengambil tindakan sewajarnya. Hanya sekadar perbincangan di forum, media dan kedai kopi, isu yang dibangkitkan dipandang sebelah mata dan akhirnya tergantung buat selamanya.

Salah satu masalah yang sebenarnya menjadi barah dalam industri hiburan ketika ini adalah  wujud penggiat seni yang tidak berdaftar dengan persatuan.

Isu yang dianggap ‘lapuk’ ini dibangkitkan sekali lagi pelakon senior, Fauziah Nawi yang mempersoalkan mengapa masih wujud pengarah tidak berdaftar dengan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) manakala pelakon sepatutnya menjadi ahli Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan kru bersama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).

Apa yang disuarakannya menerusi Facebook memang ada kebenaran dan isu ini masih perlu diperjuangkan persatuan dan sudah tentu, kerajaan di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar memperketatkan syarat berkenaan.

image

Persoalan Fauziah terhadap isu berkenaan turut dijawab Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) , Jurey Latiff Rosli memaklumkan isu berkenaan sudah disampaikan kepada menteri tetapi tiada lagi toleransi daripada kerajaan untuk mewajibkan syarat berkenaan.

Jurey yang sebelum ini dikenali sebagai individu yang lantang bersuara tidak berputus asa untuk memperjuangkan nasib penggiat seni tanah air agar terbela menerusi persatuan.

Apa yang diharapkan kehadiran Menteri yang baru, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membawa sinar bahagia dan berita gembira pada penggiat seni untuk berkarya secara adil serta mendapat bayaran setimpal daripada keringat yang dicurahkan.

image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*