Perjuangan Golongan Pendapatan Rendah

Saluran HBO (411/431) kembali dengan drama mini siri terbaru, Show Me A Hero yang akan ditayangkan dua siri serentak di Amerika Syarikat (AS) dan di sini pada 17 Ogos ini, jam 8 malam.

Mengisahkan kehidupan masyarakat di AS berdepan kemelut hidup pada tahun 1960-an, seorang datuk bandar muda mendapat perintah mahkamah persekutuan untuk membina sejumlah kecil bilangan rumah untuk golongan berpendapatan rendah di kawasan yang didiami masyarakat kulit putih.

Berdasarkan karya bukan fiksyen yang ditulis Lisa Belkin, plot drama ini membawa elemen masyarakat, bangsa dan komuniti yang melalui kehidupan dalam golongan birokrat, aktivis dan orang biasa di Yonkers, New York.

Drama bersiri hebat ini dibintangi antaranya Oscar Isaac yang pernah membintangi Star Wars: Episode VII – The Force Awakens sebagai Datuk Bandar, Nick Wasicsko; Catherine Keener (calon Oscar untuk Capote) melakonkan watak penghuni senior di East Yonkers, Mary Dorman; Alfred Molina (Ahli Majlis, Henry J. Spallone) dan Winona Ryder (calon Oscar untuk Little Women) sebagai Ahli Majlis, Vinni Restiano.

Drama ini juga boleh ditonton menerusi saluran Astro On The Go bermula 18 Ogos.

hero1hero2

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*