Last Updated: 01/07/2020 - 7:40 PM

Drake & Kanye West Terbabit Insiden Tembakan

Penyanyi rap popular, Drake dan Kanye West dilaporkan terbabit dalam satu insiden tembakan di satu kelab malam di Toronto, Amerika Syarikat yang menyebabkan dua orang maut.

Bagaimanapun, polis tidak dapat pastikan Drake muncul di lokasi kejadian berkenaan.

Laporan antarabangsa AP menyebut tembakan berlaku di dalam kelab malam itu kira-kira jam 3.20 pagi semalam sehingga seorang ditembak sebelum insiden itu berlanjutan di luar premis hiburan itu.

Meskipun membabitkan 4,000 pengunjung dan kesemua bergegas menyelamat diri, pihak polis menyatakan kejadian itu bernasib baik kerana tidak ramai yang maut ditembak.

Polis masih belum membuat sebarang tangkapan tetapi menyoal siasat dua suspek.

Difahamkan, ramai figura hiburan terkenal berada di dalam kelab malam itu tetapi tidak dapat disahkan Drake mahupun West berada di situ ketika kejadian tembakan berlaku.

Wakil penyanyi itu tidak memberikan sebarang komen.

drake

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino