Last Updated: 05/07/2020 - 3:34 PM

Feeya Noktah Spekulasi Liar

Selepas kecoh dituduh mengganggu suami orang di Facebook, penyampai Santai Sinar akhirnya memuat naik fotonya bersama kekasih tersayang.

“Saya bukan nak sorok kekasih, tetapi saya dah tak tahan dituduh menganggu suami orang. Saya harap selepas ini wanita-wanita di luar sana tolonglah hentikan spekulasi atau tuduhan tak berasas itu.

“Setiap hari ada saja yang mengirim mesej di Facebook dan marah-marah dan tuduh saya kacau suami orang.

“Mungkin suaminya peminat saya atau pendengar Sinar. Percayalah, saya tak terdesak dan saya pilih orang bujang yang single!” ujar Feeya panjang lebar sewaktu ditanya mengenai Rashid, kekasih hatinya.

Menurut Feeya lagi, jika tiada aral melintang, dia dan Rashid akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan tetapi semua itu masih dalam perancangan lagi.

“Saya mengenali Rashid melalui seorang sahabat dan saya selesa bersama dengan lelaki yang percaya dan mengambil berat tentang saya dan keluarga. Rashid juga amat memahami tentang kerjaya saya,” ujar Feeya lagi.

Rashid merupakan seorang ahli perniagaan dari Klang, Selangor. Khabarnya, Rashid telah ke Johor dan bertemu dengan ibu dan bapa Feeya untuk beraya bersama.

“Doakanlah yang terbaik buat kami. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing. Yang penting, keluarga saya terima Rashid seadanya,” kata Feeya tersenyum.

image

– Sinar FM

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino