Suara Halim Othman Tetap Dirindui…

Mendengar suara deejay popular, Halim Othman ke udara di waktu pagi, ia cukup sinonim dengan stesen radio Era FM.

Hubungan Halim mahupun stesen berkenaan memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun Halim tiada lagi jodoh dengan stesen itu tetapi jasanya menaikkan populariti Era FM dalam kalangan pendengar cukup besar.

Ketika Halim masih bersama Era FM, ramai pendengar yang merindui suaranya ke udara. Malah, mendengar celotehnya seolah menjadi terapi buat pendengar yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas ke tempat kerja.

Begitu juga, bersama Halim, gandingan Kieran dan Khairil Rashid (Krill) yang mengelarkan diri mereka K&K juga diminat ramai pendengar.

Namun, masa bersilih ganti  mereka semua sudah berhijrah termasuk Krill yang bertugas di Sinar FM manakala Kieran sudah pencen dan kini menjadi usahawan terkenal dalam bisnes produk sejuk beku.

Kelmarin, pengurus stesen Era FM, Nazri Noran sempat berkongsi ucapan selamat ulang tahun kepada stesen berkenaan yang kini sudah memasuki tahun ke-17 bersiaran.

Menariknya, Nazri juga berkongsi senarai nama deejay yang pernah bertugas sepanjang Era FM beroperasi. Alfatihah juga buat arwah Din Beramboi yang pernah menghiburkan pendengar stesen ini suatu ketika dulu.

Kini, Era FM diterjui gandingan trio Johara iaitu Johan, Hanif dan Ray yang membawa konsep berbeza daripada zaman Halim dan K&K.

Kafebuzz.my percaya pasti ramai pendengar yang merindui suara Halim dan K&K berkumandang semula di stesen berkenaan. Apapun, penghargaan buat mereka atas jasa yang dicurahkan menjadikan Era FM terus popular sehingga hari ini.

Selamat harijadi Era FM ke-17

image

 

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*