Perjuangan Switch Off ’14 Diteruskan

Perjuangan perlu dteruskan. Merujuk 11 usul yang pernah dikemukakan menerusi kempen Switch Off’14 pada November tahun lalu, perjuangan sama akan diteruskan.

Menurut pengerusinya, Jurey Latiff Rosli berkata, usul berkenaan yang menjadi usaha penambahbaikkan dan jalan penyelesaian masalah membabitkan industri hiburan tempatan akan dibawa sekali lagi untuk perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia baru, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Switch Off’14 yang menjadi platform solidariti dalam kalangan penggiat seni untuk memperjuangkan isu dan masalah yang membelenggu mereka masih menunggu keputusan kerajaan untuk membantu.

Dalam sesi Dialog Industri Kreatif bersama menteri esok, Jurey menerusi statusnya di Facebooknya masih menekankan 11 perkara dalam Switch Off’14 untuk diberi perhatian.

Antara yang ditekankan, mewujudkan Akta Industri Kreatif Malaysia yang dapat melindungi dan menjadi asas panduan seluruh genre kandungan kreatif negara, menekankan hak harta intelek (IP) yang lebih adil dan munasabah.

Paling penting, usul ini memberi fokus terhadap usaha menaikkan kadar harga dan menyelaras harag belian kandungan di stesen televisyen.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*