Mawi Terserempak 2 Remaja Pegang M16

Pengalaman melancong ke luar negara memang satu pengalaman menarik untuk dirasai sendiri.

Lebih menarik, pengalaman itu adalah pertama kali dan tambah mengujakan jika berkunjung ke negara yang diketahui berdepan krisis yang boleh mengancam keselamatan nyawa.

Pengalaman berharga itu dikongsi penyanyi popular, Mawi apabila berjaya merakam projek dokumentarinya, Mawi Di Bumi Mikraj  di Palestin dan Israel pada Mei lalu.

Berkongsi dengan media tempatan, juara Akademi Fantasia musim ketiga ini menyatakan perasaannya bercampur takut ketika ke sana selama 12 hari.

Menjalani pemeriksaan ketat selama 3 jam di sempadan Tel Aviv, Mawi berjaya juga masuk.

Selain kagum dengan keadaan di Tel Aviv yang bersih seperti Singapura, Mawi juga terkejut apabila terserempak dengan dua remaja di pasar malam di sana.

Katanya, dua remaja berkenaan yang hanya memakai seluar pendek dan baju T turut memegang senjata jenis M16 sambil berlegar-legar di kawasan berkenaan.

Mawi mendapat tahu remaja itu sebenarnya sudah biasa membawa senjata berkenaan untuk tujuan mengawal keadaan.

Dalam program terbitan Mawi World Entertainment ini, dia juga sempat menziarah masjid Al-Aqsa yang sebenarnya terletak di bawah tanah diatas pula masjid Marwan dan di sebelahnya masjid Buraq iaitu masjid di mana berlakunya peristiwa Nabi Muhammad SAW menambat Buraq sewaktu hendak naik ke langit.

Mawi juga berpeluang melawat makam Nabi Ibrahim AS dan isterinya serta Nabi Isa AS.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*