Jadi Jack & Rose Di Turki

Filem Titanic arahan James Cameron yang dilakonkan Leonardo DiCaprio bersama Kate Winslet ditayangkan pada tahun 1997 antara karya diminati ramai penonton di seluruh dunia.

Menariknya, penonton tidak jemu menontonnya berulang kali sehingga membayangkan diri sendiri seperti Jack Dawson dan Rose yang menemui cinta sejati di atas kapal pelayaran mewah itu.

Namun, apa perasan penonton jika berpeluang merasai pengalaman seperti Jack dan Rose di atas kapal Titanic sekarang?

Impian itu boleh direalisasikan apabila hotel Titanic sebenarnya wujud di Turki.

Apa yang menarik perhatian, hotel yang sememangnya direka di dalam kapal yang diberi nama Titanic mempunyai 550 bilik, tiga kolam renang, dihiasi bunga, kedai mainan dan sudah tentu, bot keselamatan jika sebarang kecemasan berlaku.

Hotel bertaraf lima bintang ini pastinya memberikan kemudahan pada tetamu mereka menyaksikan panaroma menghadap laut atau menikmati makanan di atas dek kapal melihat pantai selatan barat Turki.

Bagi peminat Jack dan Rose, mereka juga berpeluang merasai suasana romantik di atas replika dek yang dikenali Pantai Lara Titanic serta boleh jika mahu melakonkan semula adegan Jack menyebut, “I’m the king of the world.”

Berikut gambar menarik dikongsi Caters News Agency mengenai hotel Titanic.

titanic_1 titanic_2 titanic_3 titanic_4

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*