Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Potongan Hipster GUMBE Jadi Rebutan

Sempena Aidilfitri yang masih diraikan, segelintir jejaka berasakan baju Melayu tidak lagi menjadi pilihan untuk bergaya di pagi raya mahupun ketika berkunjung ke rumah terbuka.

Namun, baju Melayu yang menjadi tradisi pada lelaki sebenarnya masih diminati ramai dari pelbagai peringkat generasi.

Malah, apa yang menarik perhatian rekaan baju Melayu kini diberi ‘nafas baru’ apabila jenama GUMBE menggabungkan elemen moden dan semasa tanpa meninggalkan ciri asalnya.

GUMBE yang beroperasi setahun lalu menampilkan identiti tersendiri terhadap baju Melayu yang lebih menyerlah sesuai dengan jiwa muda.

Menariknya, jika kebiasaannya baju Melayu potongan tradisional diletakkan dua pesak kiri dan kanan serta kekek (di bawah ketiak), GUMBE pula membuat potongan lurus seperti kemeja.

Pengasas GUMBE, Abie Abdullah berkata, potongan dikenali hipster ini menambah kelainan pada baju Melayu dan menjadi pilihan pada jejaka.

“Bukan untuk menghilangkan identiti baju Melayu yang menjadi tradisi kita tetapi kehadiran GUMBE dengan potongan hipster, sekurang-kurangnya dapat memberi ruang kepada mereka yang selama ini kurang menggemari baju tradisional kepada yang lebih kontemporari.

“Bagaimanapun pemilihan kain kapas (cotton) dari India dan China yang bercorak dan bercetak menjadi identiti utama GUMBE sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah, melihatkan sambutan yang di luar dugaan tahun lalu itulah yang membuatkan GUMBE mengeluarkan lebih banyak helaian untuk 2015,” katanya.

Pada tahun ini, GUMBE menampilkan warna-warna baru menerusi enam penampilan seperti corak kotak-kotak berwarna hijau firus (turqoise), biru hitam dan merah putih.

Selain itu, untuk koleksi warna pastel, GUMBE menampilkan jalur hitam putih yang dipadankan seluar polos hitam, krim bercetakkan sauh dan kelabu taburan bunga-bunga kecil.

“Setiap helaian baju dipadankan dengan seluar hitam polos kecuali baju kotak hijau firus yang dipasangkan dengan seluar biru diraja.

“Potongan seluar GUMBE juga dibuat mengikut gaya hipster untuk menampakkan si pemakai lebih langsing. Kalau sesiapa yang berminat, boleh tengok koleksi kami di Instagram @gumbekualalumpur,” katanya yang hanya mengeluarkan saiz S, M dan L sahaja.

Selain baju Melayu, bekas editor hiburan Selebriti Metro Ahad ini juga menyatakan GUMBE turut mengeluarkan jubah lelaki yang bercorak dan polos serta jubah wanita dengan padanan dua warna kontras (colour blocking).

Bagi maklumat lanjut dan sebarang tempahan boleh menghubungi Abie di talian, 010-2285463.

image image image image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino