Jom Tonton Aksi Jaguh Bola Sepak Kelantan

Kehebatan mereka di padang bola memang tidak dapat dinafikan lagi.

Malah, kelibat penjaga gol pasukan The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menyelamatkan gawang daripada dibolosi termasuk aksi rakan sepasukan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar dan Ahmad Fakri Saarani membuatkan penonton berasa kagum.

Namun, bagaimana pula reaksi penonton dan peminat jika aksi yang dipamerkan pemain berkenaan dipersembahkan ke layar perak?

Pastinya, ia suatu kelainan yang cuba ditonjolkan menerusi filem terbaru, Jejak Warriors yang akan menjengah pawagam pada 27 Ogos nanti.

Menariknya, filem ini yang turut dibintangi Pekin Ibrahim dan Nadiya Nissa membawa kisah bintang bola sepak negeri Kelantan yang dibentuk menjadi antara pasukan yang digeruni.

Kepada penyokong pasukan ‘Kelate, jange lupo pakat ramai-ramai ke pawage bawa gewe tengok sokong filem tempate’.

Saksikan ‘trailer’ filem ini.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*