Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Hanya 4 Filem Melayu Catat Kutipan Melebihi RM1 Juta

Industri filem tanah air dijangka terus meriah dengan tayangan filem tempatan pelbagai genre.

Sehingga 20 Ogos depan, sebanyak 47 filem tempatan disenaraikan untuk tayangan termasuk tiga filem baru menunggu tarikh tayangan iaitu Ciliwung Gudnite (6 Ogos), Nota (13 Ogos) dan Jangan Ambil Rumah Kami (20 Ogos).

Menurut maklumat berkenaan yang dikemaskini Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 10 Julai lalu mencatatkan filem Mandarin, My Papa Rich meraih kutipan tertinggi sebanyak RM3 juta.

Tempat kedua diungguli Suamiku Encik Perfect 10 membawa genre komedi, drama dan keluarga terbitan Astro Shaw Sdn Bhd (RM2.9 juta), Villa Nabila genre seram diterbitkan Skop Production Sdn Bhd bersama Viper Studios Sdn Bhd (RM2.8 juta), Cicakman 3 genre aksi dan komedi terbitan KRU Studios Sdn Bhd (RM2.5 juta) serta filem genre drama dan cinta, Pilot Cafe diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd bersama Tarantela Pictures Sdn Bhd (RM1.6 juta).

Villa-Nabila

Villa Nabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.8 juta.

cicakman3

Cicakman 3 mencatat RM2.5 juta untuk kutipan.

pilot_cafe

Di sebalik pencapaian 4 filem Melayu mencatat kutipan tertinggi, 19 filem Melayu pula meraih kutipan di bawah RM1 juta.

Paling mengecewakan, filem Jendela terbitan Genius Parade Sdn Bhd membawa genre keluarga sekadar meraih kutipan sebanyak RM11,967.30 diikuti filem terbitan Galaksi Seni Sdn Bhd berjudul Dia (seram dan misteri) dengan kutipan RM12,672.95.

Filem aksi dan komedi, Romeo Kota arahan pertama Aaron Aziz terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd juga seolah tidak menjadi apabila hanya mengaut keuntungan RM349,467.50.

romeo_kota

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino