Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Selepas Burger, Serunding Fizo Jadi Rebutan

Lebih dikenali sebagai pelakon, Fizo Omar mempunyai perancangan jangka panjang apabila semakin serius menceburi bidang perniagaan.

Menariknya, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 29, boleh berbangga dengan rangkaian lebih 100 premis bisnes Hot Burger miliknya di seluruh negara.

Tidak hanya duduk selesa dengan pencapaian itu, pengacara program bual bicara Nasi Lemak Kopi O di TV9 ini akan menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) pada September nanti di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Berkongsi dengan media tempatan, Fizo menyatakan dia sebelum ini seolah berada di bawah tempurung apabila terlalu teruja dengan bidang lakonan.

Lantaran itu, dia mula sedar wujud banyak peluang lain yang boleh diterokai dan menaikkan potensi dirinya.

Menerusi cabang perniagaan, Fizo juga kini sibuk dengan jualan serunding yang khabarnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Menariknya, serunding berkenaan dijual pada harga diskaun iaitu RM16 untuk 200 gram manakala RM70, 1 kilogram mengandungi lima paket.

Menerusi laman sosial Facebook, Fizo Omar, peminat dan pelanggan yang ingin membeli serunding berkenaan boleh secara terus atau ‘cash on delivery’ (COD) di pejabatnya, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Malah, dia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran produk makanannya itu ke seluruh negara.

Sebarang tempahan, boleh menghubungi, 013-6441889 (Bella) dan 013-9400018 (Zul).

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino