Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Artis Berhijab Tidak Laku…

Antara paras rupa, bakat dan populariti mana yang lebih utama sebagai sandaran untuk artis tempatan mendapatkan tawaran kerja?

Bagi kebanyakkan artis program realiti televisyen sama ada pertandingan nyanyian atau lawak, mereka lebih bergantung pada populariti untuk mendapat lebih banyak tawaran kerja.

Malah, seolah memberi kelebihan pada bakat program realiti ini, mereka boleh menjadi apa saja seperti pengacara, deejay, pelakon, penyanyi atau pelawak.

Zizan Razak sebagai contoh selebriti yang membuktikan dia lebih popular berbanding juaranya ketika bersaing dalam program realiti, Raja Lawak musim pertama sehingga menjadi rebutan produser filem.

Namun, berbeza pula nasib pelakon cantik, Bella Daily, 24, yang mengakui terkilan apabila ada pihak tidak mahu menerimanya bekerja dengan alasan pelakon itu sudah berhijab.

Menurut laporan beberapa media, pelakon berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini sudah setengah tahun tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Persoalan juga, mungkin Bella masih belum cukup popular untuk menawan hati produser filem dan televisyen atau memang belum rezeki buatnya.

Bagaimanapun, artis berhijab dipinggirkan atau ditolak daripada menerima tawaran kerja adalah alasan tidak munasbah.

Jika perkara ini terus berlaku pada mana-mana artis, mereka harus berani tampil ke hadapan membuat aduan kepada persatuan seni agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Isu ini bukan saja bersifat peribadi sebagai sumber pencarian artis berhijab terbabit tetapi apa yang lebih penting adalah masa depan industri drama dan filem tanah air agar lebih telus dalam bekarya.

Mungkin juga persatuan perlu memainkan peranan lebih efektif dalam memperjuangkan nasib warga seni tanpa ditindas sesuka hati atau hanya menurut arahan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino