Peminat Abadikan Kenangan Paul Walker
1 min read
Kehilangan aktor Paul Walker cukup terkesan terhadap peminatnya. Filem Furious 7 menjadi naskhah terakhir pelakon itu sebagai kenangan manis buat peminat filem sekuel itu.
Meskipun Walker sudah tiada dan nasib sekuel seterusnya masih belum tahu, peminatnya tetap mengenang aktor itu menerusi karya seni yang dihasilkan secara kreatif.
Apa yang menarik perhatian, Moviepilot.com melaporkan peminat mengabadikan wajah dan nama Walker di bonet kereta, cat di kepala treler, kasut, baju T, Lego, tatu di tangan, belakang badan dan pinggang.
– Kafebuzz.my