Mesra Di Lokasi Atau Sebaliknya…

Mewujudkan keserasian dan kemesraan dua pelakon antara lelaki dan wanita sebagai pasangan kekasih dalam lakonan drama mahupun filem memberi cabaran kepada setiap pengarah.

Bagi pelakon, mereka mungkin mudah untuk menunjukkan aksi mesra yang dibuat-buat tetapi penonton mempunyai penilaian yang lebih jujur menentukan pasangan itu serasi atau tidak.

Begitu juga, kisah pelakon berbakat Ayda Jebat bersama Zul Ariffin yang berjaya menampilkan aksi mereka sebagai pasangan romantis dalam drama.

Menerusi drama bersiri, Rindu Awak 100%, mereka berdua kelihatan cukup serasi bersama. Malah, keserasian ini terserlah apabila mereka bermanja menjadi pasangan kekasih.

Ayda yang mempunyai 551,000 pengikut di Instagram turut berkongsi gambar mesranya bersama Zul untuk tatapan peminat.

Nyata, aksi Ayda bersama Zul mengundang pertanyaan peminat sama ada mereka mungkin mesra sekadar kerja atau masing-masing sebenarnya mempunyai perasaan cinta sebenar.

Berikut beberapa foto menarik dikongsi Ayda menerusi Instagramnya:

image image image image image image

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*