17/01/2021

Agen Fox Mulder & Dana Scully Kembali

1 min read

Masih ingatkah anda dengan aksi dua agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) popular, Fox Mulder bersama Dana Scully?

Mereka adalah gandingan pasangan serasi yang dtugaskan menyiasat kes misteri kategori X yang lebih terarah kepada kewujudan makhluk asing dan piring terbang (UFO).

Aksi mereka juga menjadi tarikan kepada penonton untuk drama bersiri paling lama diterbitkan sejak mula ditayangkan pada tahun 1993 sehingga 2002.

Adanya drama berkenaan, ia seolah menguatkan teori dan persepsi masyarakat sama ada makhluk asing dan UFO benar-benar wujud.

Mengikut sejarah dunia, Roswell iaitu satu kawasan di New Mexico pernah berlaku kejadian pesawat tentera terhempas yang dikaitkan UFO pada 1947.

Begitu juga, beberapa penduduk di pelbagai kawasan lain di seluruh dunia pernah mendakwa ternampak mahupun merakam UFO berterbangan.

Terbaru, Ahli fizik terkemuka, Prof Stephen Hawking telah melancarkan satu projek khas bernilai AS$100 juta (RM379 juta) pencarian makhluk asing!

Projek dikenali The Breakthrough Initiatives dibiayai bilionair yang juga seorang ahli fizik, Yuri Milner.

Berita gembira buat peminat, Mulder lakonan David Duchovny dan Scully (Gillian Anderson) akan kembali dengan aksi terbaru mereka yang dijangka menemui penonton pada awal tahun hadapan, 2016.

Pastinya, peminat tidak sabar menantikan kemunculan mereka!

dana_scully

https://youtu.be/JoIRNja8pMc

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.