Sham Kamikaze Berdakwah Secara Sosial

Suatu ketika dulu, aksinya bermain gitar ditagih ramai peminat. Dalam kalangan peminat muzik tanah air, siapa yang tidak mengenali pemuzik terkenal, Sham Kamikaze.

Cukup sinonim dengan nama bandnya, Kamikaze, Sham melakukan perubahan dalam dirinya apabila lebih banyak berdakwah tetapi masih tidak melupakan bidang seni yang menjadi minatnya selama ini.

Apa yang menarik perhatian, Sham menggunakan media sosial seperti Facebook sebagai medium dakwah paling efektif.

Menerusi akaun Facebooknya, Sham Kamikaze, dia sering berkongsi kebaikan menjadi seorang muslim yang taat kepada perintah Penciptanya seperti tatacara mengerjakan solat Witr dan keutamaan melakukan solat Dhuha.

Sham yang juga pengarah Studio 21 dan Gothic Records turut menggunakan platform Twitter dan Instagram (IG) sebagai medium komunikasi bersama orang ramai dan peminatnya.

Apa yang dilakukan Sham adalah suatu yang positif dan mengajak orang ramai khusus peminat ke arah kebaikan. Sehingga kini, Sham mempunyai 891,000 pengikut di Facebook dan 20,100 pengikut di IG.

Kepada peminat, juga boleh mengikuti perkembangan Sham di @ShamKamikaze (Twitter) dan @Shamkmkz (IG).

image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*