Rosyam Versi Terminator Melayu

Aktor popular yang digelar Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor tampil melakonkan watak utama, Solo atau Castello, bekas pengedar dadah yang berkahwin dengan Chalita lakonan Erra Fazira

Watak Castello diinspirasikan daripada lakonan Rosyam menerusi filem Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam.

Dalam temubual sebelum ini, Rosyam pernah menyatakan beliau mahu watak Castello menjadi ikon baru dalam industri perfileman tanah air sebagaimana populariti Rambo.

Bagaimanapun, segelintir penonton memberikan komen aksi Castello seperti Terminator versi Melayu yang bertindak membalas dendam untuk anaknya.

Filem genre aksi ini diarahkan Badaruddin Azmi (Bade) turut menampilkan bakat baru, Liyana Jasmay di layar perak yang melakonkan watak Phim, anak Castello.

Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Sungai Golok, sempadan Malaysia – Thailand membabitkan aksi kejar mengejar dan tembakan.

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Que Haidar, Zain Ruffedge, arwah M Rajoli, Zack Taipan, Bront Palarae dan bakat baru, Nur Emy Nadia.

Menariknya, filem ini pernah memenangi 3 anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 menerusi kategori Penyuntingan Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki (Que Haidar).

Ia ditayangkan di pawagam pada 5 Januari 2006 merupakan filem sulung terbitan Suhan Movies & Trading dengan kos produksi sebanyak RM1.2 juta dan menerima dana FINAS sebanyak RM400 serta tajaan biskut Julie’s.

DSC_0115 DSC_0130 DSC_0142 DSC_0167

DSC_0031 DSC_0066 DSC_0107 DSC_0125 DSC_0126 DSC_0149

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*