Deejay Terima Gambar Anu Peminat

Bukan mudah sebenarnya mereka yang bergelar selebriti melalui kehidupan seharian. Peminat beranggapan selebriti perlu sentiasa jaga imej, kekal cantik dan mesra terhadap peminat.

Tidak kira selebriti itu penyanyi, pelakon, penari, pemuzik, komposer mahupun deejay, mereka juga sering berdepan pelbagai kerenah peminat.

Terbaru, kes membabitkan deejay popoular stesen radio Sinar FM, Feeya Iskandar yang melalui pengalaman tertekan emosi selepas menerima kiriman gambar alat sulit.

image

Feeya yang dikenali peminat dengan gaya ceria bersama suara manja cukup aktif di media sosial, Facebook menerusi status yang dikemas kini dari masa ke semasa.

Sebelum ini, Feeya yang popular dengan gelaran Cik Piah pernah dituduh merampas suami orang sehingga dia terpaksa membuat penjelasan sebenar di akaun Facebooknya.

Apa yang menjadi persoalan, apakah motif individu yang menghantar gambar lucah? sama ada individu terbabit menyampaikan salam perkenalan sebagai seorang peminat atau sengaja mencari pasal.

Namun, Feeya tetap kelihatan tenang berdepan segala cabaran sebagai seorang selebriti yang perlu akur soal privasi sentiasa dicuri peminat. Berikut beberapa keping foto comel Feeya dikongsi menerusi Facebooknya.

image image image image image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*