Tudung Tak Laku, Zara Fokus Jaga Kulit

Artis jika mahu berniaga memang tiada masalah untuk mendapat pelanggan apatah lagi dia adalah selebriti popular yang mempunyai ramai peminat.

Itu tanggapan segelintir peminat tetapi pelakon cantik, Zara Zya membuktikan persepsi itu meleset apabila bisnes tudungnya kurang mendapat sambutan.

Pelakon berusia 30 tahun ini mendedahkan ramai pembeli sebenarnya tidak gemar membeli tudung yang dijual artis tidak   bertudung.

Nampaknya, penampilan Zara sendiri yang hanya memakai tudung mengikut kehendak watak memberi kesan pada bisnesnya untuk tarik perhatian peminat sebagai pembeli.

Namun, Zara menyatakan bisnes produk makanannya lebih baik dibandingkan menjual tudung sehingga memaksanya memperlahankan bisnes itu buat sementara waktu.

Dalam pada itu, Zara memberitahu Mstar baru-baru ini, dia juga mengusahakan perniagaan produk penjagaan kulit jenama sendiri, Miss Zara Beauty.

image

image

image

– Kafebuzz.my

19/10/2020 - 7:34 PM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*