Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

LY Cari Artis Rakaman Wanita

Lagu popular, Aku Cinta Padamu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, Bourgenvilla (Spring), Bayangan Gurauan (Mega) dan Rahsia Pohon Cemara (Exist) antara karya terbaik nukilan komposer, Rozman Shafie atau lebih komersial dikenali LY.

Gandingan mantap bersama isterinya, Baiduri atau nama sebenar, Norkhayati Mohd Hashim membuatkan lagu ciptaan mereka membuai perasaan ramai pendengar sehingga menjadi hits di carta stesen radio.

Meskipun, zaman semakin berubah apabila penyanyi ketika ini lebih banyak menghasilkan single berbanding album, LY tetap komited mencari bakat baru untuk diketengahkan sebagai artis rakaman.

Menerusi status di Facebook, LY mencari penyanyi perempuan yang berpotensi untuk menjadi artis rakaman.

Mereka yang berminat boleh menghantar emel berserta rakaman vokal, empat keping foto dan biodata ke demoartis2015@gmail.com.

– Kafebuzz.my

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino