RPM Tunai Janji
1 min read
Badan pemungut royalti, Recording Performers Malaysia (RPM) menunaikan janji apabila membuat bayaran kepada ahli mereka dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
RPM yang sebelum ini turut berdepan konflik dan kekeliruan antara pemuzik dan komposer .yang menuntut bayaran royalti mereka.
Sebelum ini, royalti berkenaan juga diuruskan PRISM Berhad sehingga ia mencetuskan dua badan pemungut royalti yang menjalankan fungsi sama.
Menerusi status akaun Facebook pemuzik terkenal, Nan Aznan baru-baru ini, menyatakan bayaran dilakukan RPM ini menjadi permulaan baik kepada ahli.
– Kafebuzz.my