Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

Cium, Peluk, Raba & Rogol Kena Potong!

Apa pendapat anda sebagai penonton terhadap drama tempatan secara jujur? plot yang ‘klise’, hambar dan kitar semula serta skrip longgar sehingga membuatkan penonton naik menyampah.

Mungkin segelintir penonton juga mual apabila pelakon yang sama seringkali muncul di televisyen sama ada pelakon berkenaan laris atas faktor populariti media atau kehendak stesen televsyen sendiri yang mahukan pelakon sama.

Isu membabitkan kualiti drama tempatan termasuk bayaran takuk lama diterima produksi daripada stesen televisyen menjadi perkara yang tiada kesudahan. Begitu juga, drama atau telefilem tempatan tidaklah bebas sepenuhnya untuk menonjolkan pelbagai kisah masyarakat sebenar untuk tatapan umum.

Perkembangan terbaru, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tampil dengan perkeliling baru iaitu garis panduan khusus penapisan filem stesen televisyen yang dikeluarkan bertarikh 23 Jun lalu.

Merujuk Pekeliling LPF (Stesen TV) Bil. 1/2015 menyatakan empat aspek utama digunakan sebagai asas penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan.

Dalam Jadual 1 – Panduan Penapisan Filem Stesen TV, enam elemen seks atau lucah atau kelakuan sumbang dipotong iaitu adegan ghairah antara lelaki dan perempuan atau sejenis; cium pipi, dahi, tangan antara lelaki dan perempuan; cium mulut dan leher atau cium ghairah; intim, ghairah dan romantik secara pelukan antara lelaki dan perempuan atau sejenis kecuali pelukan memaparkan nilai keluarga.

Juga dipotong adegan meraba tubuh, menyentuh kemaluan serta menjilat anggota badan antara lelaki dan perempuan atau sejenis. Bagi adegan rogol dan perlakuan seks dipotong kecuali adegan disebalik cahaya, kelambu dan bayangan yang tidak jelas tanpa aksi.

Panduan ini termasuk menjelaskan adegan manusia beinteraksi dengan roh atau jin secara jelmaaan fizikal, bomoh membaca mantera dan jampi (jika mengandungi ayat al-Quran) serta ajaran sesat yang tidak diikuti pembalasan atau pengajaran dipotong.

Jika diteliti semula, banyak adegan rogol dan peluk diselitkan produser dan pengarah tempatan. Ini bukan saja menjadi ‘tarikan’ pada penonton tetapi untuk memenuhi kehendak plot dan karakter terhadap sesuatu watak.

Sebagai contoh lakonan adegan ranjang membabitkan pelakon senior, Wan Hanafi Su bersama Marsha menerusi filem Laga manakala filem Pilot Cafe arahan Osman Ali juga menyelitkan adegan mesra, Remy Ishak bersama Izara Aishah.

Meskipun arahan ini wajib dipatuhi produser filem dan drama jika mahu karya mereka disiarkan, apa yang menjadi persoalan sama ada ia memberi impak pada kekuatan  plot mahupun tiada lagi ‘pelaris’ dalam karya berkenaan.

laga2

Adegan ranjang menerusi filem Laga.

IMG_1996 IMG_1995

IMG_1993

IMG_1994

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino