CEO Turun Padang Jual Ayam

Cukup sinonim dengan imej stesen radio Hot FM, siapa sangka deejay popular, Kieran kini boleh berbangga bergelar ahli perniagaan.

Kieran yang mengusahakan perniagaan produk sejuk beku yang menggunakan namanya sendiri sebagai jenama,

Kieran’s Food Products yang diusahakan sejak Oktober tahun lalu.

Berbeza dengan kehidupannya sebelum ini yang lebih banyak menghabiskan masa di konti, kali ini Kieran sibuk dengan memenuhi permintaan pelanggan yang membeli produk makanannya.

Berbanding Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) lain yang selesa duduk di dalam bilik berhawa dingin, Kieran sebaliknya meletakkan sikap turun padang untuk memastikan operasi perniagaannya berjalan lancar.

“Sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup menggalakkan sehingga terkejar saya dari satu tempat ke tempat lain untuk menghantar produk yang dipesan,” katanya kepada Kafebuzz.my baru-baru ini.

image

Kieran yang menggunakan modus operandi perniagaan secara ‘delivery’ mengakui rutin kerjanya tetap sibuk seperti di konti tetapi kali ini, dia lebih gembira apabila mempunyai kebebasan menguruskan perniagaan sendiri.

Katanya, dia yang kini mempunyai 30 agen ‘delivery’ cuba memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Klang, Shah Alam sehingga Kuala Lumpur.

Menerusi produk makanan seperti chicken chop (ayam), Chicken grill (ayam), lamb chop (kambing) dan Breaded Fish, pelanggan hanya perlu menghubungi talian 013-2779720 untuk membuat pesanan sebelum dihantar.

Menariknya, jika makanan barat itu dijual pada harga lebih mahal di restoran, produk Kieran ini hanya dijual dibawah harga RM10 tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Cara penyediaannya cukup mudah iaitu seperti ‘chicken chop’ hanya masak seperti biasa manakala sos lada hitam dipanaskan sebelum dihidangkan.

“Begitu juga, ‘chicken grill’ lebih sedap dimakan dengan dicampurkan sedikit mentega dan dimasak menggunakan pemanggang ajaib. Cukup mudah!,” katanya.

Katanya, dia yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam juga menggalakkan mana-mana individu untuk menjadi agennya.

image image

-Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*