Bantulah Yazit Search…

Menerusi sekeping gambar yang dikongsi peminat di Facebook menunjukkan seorang lelaki berusia separuh abad menjamah makanan di hospital mengundang rasa simpati ramai.

Lelaki tersebut iaitu pemain dram kumpulan rock terkenal Search, Yazit Ahmad dilaporkan masuk semula ke wad Hospital Kuala Lumpur sejak semingu lalu akibat keracunan di bahagian jantung.

Khabarnya, Yazit, 53, yang menderita sakit buah pinggang sudah menunggu selama enam tahun menanikan penderma.
“Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya benar-benar memerlukannya ketika ini.

“Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah, sebab itu kalau boleh saya mahu segera sembuh,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Disebabkan keadaan kesihatannya itu, Yazid juga dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa dan mungkin beraya di sana. Penderitaan Yazid turut dikongsi Kementerian Kesihatan menerusi Facebook.

Menerusi status akaun Facebook, Pertubuhan APA KABAR Rockers – PAKaR, mengharapkan peminat menghulurkan sumbangan untuk Yazid selepas tidak dapat berniaga tauhu bakar selepas dimasukkan ke hospital. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank, Yazit Ahmad (0142-7121-9687).

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*